THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 24, 2012

~ Hanya DariMu Kekuatan Itu ~




Dengan nama Allah.. yang hadirnya sedekat urat nadi hamba-hambaNya.. 
Terasa berabad lamanya blog ni tidak di"update". berhabuk sudah. Entah mengapa petang ini terasa ingin post sesuatu di sini.. tapi hakikatnya takde idea.. Hmm..
Mengimbas kembali hari-hariku yg berlalu, terasa sebak dada mengenangkan kasih sayang Ilahi yang tiada henti. Sudah bertimbun-timbun nikmat yang ku kecap, namun, tahap syukurku..??  Allahu rabbi...
Suasana di perpustakaan ini benar-benar sunyi, sesunyi hati.. awalnya nak pergi ke masjid tadi, dengan niat nak tenangkan hati..tapi nampak banyak pulak motor-motor yg parking di kawasan masjid. Pasti ramai muslimin. Inilah rutinku andai perlu bersendiri. sama ada di masjid, atau di library. 
entah kenapa hati ni rasa kelu.. ada sesuatu yang menjalar di fikiran, namun tak pasti apakah ia.. ada sesuatu yg mungkin ingin diluahkan, namun masih samar-samar.. ada seseorang yang aku perlukan, namun tak pasti siapakah dia. terasa hati benar-benar sebak, namun masih suram apakah yg perlu aku tangisi. 
Ya Allah, jangan biar hati ini kosong..
Sungguh, kepadaMu ya Allah tempat mengadu segalanya. Andai aku ditinggalkan manusia, atau kecewa dengan insan2 yg ku sayangi, atau mungkin sahaja hilang peneguh semangat, usah biar aku tersungkur dengan semua ini ya Allah.. usah biar aku sendiri terkapai-kapai dalam tangisan. kerana ku tahu duhai pemilik segala perasaan, kekuatan itu sebenarnya adalah dariMu..
hanya dariMu..
hanya dariMu..

2 comments:

NuR Fansuria said...

Tadahkan lah tanganmu,
rendahkanlah egomu,
dan mohonlah pada Pemilik segala hati,
kerana dari dialah datangnya sakinah,
janganlah risau andai seluruh dunia menentangmu,
sesungguhnya Allah dan Rasul iu terlalu hampir buatmu,
jika di kehendakan seluruh dunia menentangmu tetapi Allah Maha berkuasa, tanpa izinya sedikitpun mereka tidak mampu memberi manafaat dan mudhorat padamu,
dan Allah mampu mengubah segala sesuatu dengan asbab, tanpa asbab, hatta berlawanan dengan asbab sekalipun.

Optimislah ya Ukhti

Anonymous said...

DuKa
mengapa telaga bahagia sukar tuk ditimba
dailoq antara tawa n duka..

Tawa..
kerana penimba terlalu cetek dgn hujan kestian

Tawa
mengapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun dicemari kekecewaan?

Duka...
kerana kasih sayang tak kan dikebumikan walaupun maut melamar..

Duka..
masih banyakkah lagi rumput kecurangan
yang masih bertapak ditanah setia?

Tawa.
selagi rumput kecurangan masih di simbah dgn
hujan hipokrit,hujan dendam ,hujan pembohongan dan ia ttp
akan subur di tanah setia..

Tawa..
andainya telah pupus puisi tawa adakah syair..
sendu akan begema?

DuKa....
Selagi ada senyum dalam tawa dan selagi ada ..
tangis dalam sendu maka puisi dan syair ..
akan berlagu ,akan medayu,akan merintih syadu..

renung2knlah

SekIaN..........

Post a Comment