Wednesday, July 11, 2012
Bahawa Aku Telah Berseru !
Rasa tertarik dengan satu kalam daripada Ustaz Hasrizal di fan page beliau. Beliau memang seorang agamawan yang Allah kurniakan dengan hikmah yang besar. Moga hikmahnya terbias kepada kita juga. Kata beliau; Apabila ditimpa ujian, ramai yang bertanya “Mengapa aku” tetapi bila diberi nikmat, mengapa tidak pula bertanya “Mengapa aku”?
Ia membuatkan saya teringat kepada satu firman Allah;
Adapun manusia, apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, serta- merta dia berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!". Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta mengeluh dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (Al-Fajr 15 dan 16)
Sungguh. Kita terlalu cepat melatah. Sekiranya apa yang kita mahukan tidak tertunai dan tidak diberi oleh Allah, kita berburuk sangka dengan-Nya. Putus asa untuk terus memerah ketaatan. Kita taat kepada Allah seperti ketaatan seorang pekerja kepada majikannya. Kita bekerja hari-hari dengan perkiraan, hujung bulan gaji mesti masuk. Atas perkiraan bahwa ada keutungan segera yang akan diperoleh, kita dimotivasikan untuk bergerak ke tempat kerja dengan meninggalkan segala kenikmatan di rumah. Maka sekiranya perkiraan itu tidak tercapai, maka menyerbulah segala macam persangkaan yang buruk terhadap majikan kita. Bencilah! Menyampahlah! Dan akhir sekali, “Saya resign!”. Jika begitulah hubungan kita dengan Allah, maka kita akan bermasalah besar kerana ketaatan yang kita lunjurkan ialah ketaatan yang bersyarat!
Padahal, Allah ialah Tuhan Yang Maha Kaya. Dia mampu memberi segala-galanya yang kita mahu. Kerana itu, diciptakan syurga kepada hamba-Nya. Nanti kalau dah masuk syurga, apa benda yang kita nak semua akan kita dapat. Tak payah meminta pun. Lintas saja keinginan dalam hati, benda tu dah ada depan mata.
Tapi dunia ini bukan syurga. Kerana di dunia, Allah tidak akan memberi segala-gala yang hamba-Nya mahu, sebaliknya Allah memberi kepada hamba-Nya, segala yang hamba-Nya perlukan agar nanti kita tidak punya alasan untuk berdebat dengan Allah sekiranya kita dimasukkan dalam golongan ahli neraka. Tiada alasan.
Antara kurnia Allah yang paling besar ialah hidayah dan taufiq. Ini keperluan. Jarang sekali ia menjadi kehendak (yang dicari oleh manusia). Hidayah dan taufiq ialah syarat utama untuk kita bahagia di dunia dan di akhirat. Tetapi ramai yang rabun, tidak nampak kepentingannya. Mereka tidak meminta untuk diberi petunjuk, sebaliknya mereka meminta agar dibanjiri harta (murah rezeki), panjang usia (boleh enjoy lama), diberi kesihatan (untuk enjoy juga), dan macam-macam kehendak lagi yang kadangkala merepek-repek dan tidak perlu. Semuanya tak lepas daripada kepentingan-kepentingan dunia!
Dengan hidayah, seseorang sanggup untuk taat kepada-Nya walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar. Tapi jika tanpa hidayah, seinci pun seseorang itu takkan mampu untuk mendekati ketaatan, walaupun dia mempunyai sejuta macam kemudahan. Bahkan jika dibentangkan jalan yang seluas-luasanya pun kepadanya, belum tentu dia akan maju kehadapan. Semuanya kerana hatinya tidak dicahayai oleh hidayah.
Sesiapa yang mahu diberikan kebaikan oleh Allah, maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Riwayat Muslim)
Kefahaman dalam agama tidak bererti ketinggian pengetahuan dalam agama. Tahu dan faham ialah dua perkara yang tak sama. Jika seseorang tahu, belum tentu dia faham tetapi jika seseorang itu faham maka sudah tentu dia tahu. Inilah yang membuatkan darjat seseorang itu berbeza di sisi Allah.
Saya bagi satu situasi. Siapa antara kita yang tidak tahu bahawa mengerjakan solat fardu secara berjemaah bagi lelaki, hukumnya fardu kifayah dan dibalasi dengan 27 kali ganda pahala? Saya yakin semua orang tahu. Tapi kenapa bukan semua orang mahu ke masjid atau surau untuk berjemaah? Nak kata tak tahu, mereka tahu. Cuma satu. Mereka mungkin tak faham.
Ramai yang berkata, “Kau bolehlah datang kuliah selalu. Rumah dekat dengan surau”.Tak kurang juga yang bergurau, “Kau lahir dari keluarga yang baik. Memang patutlah kau baik. Aku orang biasa-biasa je”.
Paling menarik, “Kau budak sekolah agama. Aku bukan budak sekolah agama!”. Uik! Sampai macam tu sekali manusia dibeza-bezakan!
Allah memberi hidayah bukan atas kapasiti dekat atau jauhnya kita dengan pusat ilmu atau rumah ibadah. Masa saya tinggal di daerah -yang saya tak mahu sebutkan namanya itu- saya memahami bahawa bukan jarak yang menjadi sebab seseorang itu mampu hadir ke solat berjemaah, tetapi sebabnya ialah kekuatan iman. Kerana jika dikira jarak, maka saya akan katakan hampir semua orang yang tinggal di apartmen saya itu akan turun untuk berjemaah. Dekat sangat, kerana surau itu terletak di tengah-tengah dan dikelilingi oleh blok-blok yang bersusun megah. Bahkan, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jika muazzin melaungkan azan, semua orang akan mendengar panggilan Ilahi ini.
Tapi kenapa yang menyahut seruan Allah itu, hanya pecahan yang kecil sahaja? Sangat minoriti. Padahal, semua mendengar seruan azan itu.
"Sesiapa yang suka untuk menemui Allah di hari akhirat nanti sebagai seorang muslim, hendaklah dia memelihara solat setiap kali diserukan kepadanya, kerana menegakkan solat berjemaah itu ialah 'sunanul huda'. Sesungguhnya Allah telah mensyariatkan kepada Nabi mu beberapa sunnah. Sekiranya kamu enggan berjemaah dan lebih suka solat bersendirian di rumah, maka kamu telahpun meninggalkan sunnah Nabimu. Jika kamu meninggalkan sunnah Nabimu, maka tentulah kamu sesat". (athar Abdullah Bin Mas’ud).
Dalam masa yang lain, acap kali kita melihat orang islam singgah ke surau. Bukan untuk solat, tapi untuk menggunakan tandas. Dah sampai tu! Ini bukannya tak sampai, tapi dah sampai. Tapi kenapa hatinya tidak tergerak untuk menunaikan solat? Jelas, ini bukannya isu dekat atau jauh tetapi ini isu iman.
Hidayah juga bukan dinilai atas kapasiti ilmu. Jika perkiraannya atas selembar sijil, maka berduyunlah ustaz-ustaz di daerah ini akan melakukan kerja dakwah. Ini tak berlaku. Setidak-tidaknya, tidak berlaku di daerah terpencil itu. Tak payah kata dakwah, solat berjemaah pun payah nak nampak batang hidung para agamawan yang punya ilmu agama di bawah kopiah mereka ini. Kelibat mereka hanya senang untuk dilihat di kedai kopi. Jika bukan menonton perlawanan badminton atau bola sepak, mereka akan bersembang sambil mengetuk-ngetuk meja.
Hidayah bukan atas perkiraan siapa makin berilmu, dia makin baik. Tak semestinya begitu, walaupun Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa para ulama ialah pewaris para nabi. Tapi pewaris nabi apa kebendanya jika sunnah Nabi yang utama seperti solat berjemaah pun tak buat, sebaliknya buat benda lagho pula. Menyedihkan!
Hidayah juga kayu ukurnya bukan atas faktor perdu kekeluargaan. Banyak keluarga yang dikepalai oleh ibubapa yang baik-baik. Haji dan hajjah. Si bapa berjanggut panjang. Berkopiah setiap masa. Ibunya pula bertudung labuh. Tapi bila keluar bersama anak menantu, anaknya berbaju ketat dan membiarkan rambutnya berbogel manakala menantunya yang lelaki pula berseluar pendek dan menampakkan kepala lutut. Tidak enak sungguh untuk dipandang, tapi itu realiti.
Nabi Luth dan Nabi Nuh, isteri dan anak mereka juga tidak beriman, padahal Luth dan Nuh ialah Rasul yang diutuskan oleh Allah.
Bahkan ada banyak situasi yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu hingga kini, ibubapanya tunggang terbalik tetapi si anak baik macam malaikat. Ini membuktikan bahawa hidayah bukan suatu yang diukur atas pertalian darah.
Sekarang, renung diri kita. Apa baiknya kita ini? Apa hebatnya kita ini, sampai Allah mahu berikan kita kemuliaan dengan kita menjadi seorang muslim yang komited dengan agama. Komited dengan agama sudah tentu bukan dengan bila dengar azan, kita buat tak reti. Komited dengan agama juga bukan dengan bila nampak masalah dalam masyarakat, kita buat tak nampak. Komited dengan agama juga bukan dengan sentiasa menimbulkan alasan untuk lari daripada kewajipan. Tidak.
Jika kita tidak mahu menjadi orang islam yang komited dalam agama, mengapa membaca bab ini? Bab ini mahu menceritakan tentang betapa besarnya nikmat diberi hidayah dan betapa besar keutamaan untuk meminta Allah berikan kita hidayah!
Allah boleh pilih sesiapa sahaja untuk menjadi tetamu istimewa-Nya dalam syurga. Tapi kenapa Allah pilih kita? Tidakkah kita rasa beruntung? Pertama, kita sudah dilahirkan sebagai seorang yang beragama islam. Kedua, kita diberi pula kesedaran dan hidayah. Padahal, ramai lagi manusia yang hanyut dan lalai. Adakah kita mahu ikut mereka? Mahu hanyut, mahu lalai, padahal Allah sudah berikan petunjuk kepada kita?
Ramai antara kita yang suka menyorok di tirai alasan, “Aku bukannya tak nak berubah, tapi belum sampai seru lagi. Belum dapat hidayah lagi”, sambil tersenyum sumbing, memotretkan kedegilan.
Seru belum sampai? Hidayah belum dapat? Betul ke macam tu?
Jangan. Jangan fitnah Allah. Jangan fitnah Rasulullah. Jangan!
Sesungguhnya seru dan hidayah, sudah 1400 tahun yang lampau bergema. Mungkin gemanya sahaja yang berbeza. Mungkin lirihnya sahaja yang tak sama. Tapi mesejnya tetap lestari. Seruannya tetap asli- mengajak manusia kepada Allah Yang Maha Penguasa.
Penyanyi, Farah Asyikin pernah berkongsi di rancangan televisyen TV al-Hijrah, tentang saat-saat awal dia berubah dan menyarung tudung, seterusnya menutup aurat zahir beliau. Ketika ditanya bagaimana dan mengapa hatinya mula tergerak untuk insaf, dia menceritakan;
“Saya seakan-akan melihat ada lintasan di depan mata saya, yang menunjukkan dosa-dosa silam saya. Ia seakan-akan satu layar maya, yang memutarkan semula khilaf-khilaf saya. Ia suatu yang sangat aneh. Jika saya cerita, mesti orang susah nak percaya. Tapi itulah yang berlaku”.
Seorang artis lain, Yatt pula menceritakan pengalaman beliau saat melakukan solat sunat taubat, beliau merasakan seperti dahinya terlekat pada muka sejadah hingga beberapa ketika. Dalam masa yang sama, dia juga dipertontonkan dengan layar maya, dosa-dosa silamnya. Ini cerita dari surat khabar. Tak percaya, boleh tanya tuan punya badan.
Dua contoh yang cukup istimewa, tentang dua wanita yang juga sangat istimewa, dan dijadikan istimewa oleh Allah. Mereka berdua, diberikan petunjuk dan hidayah melalui cara yang luar biasa. Fenomena yang cukup ajaib dan sukar hendak diceritakan dengan lisan, apatah lagi logik akal manusia yang singkat ini.
Mereka bertuah. Kerana dibawa masuk seketika dalam kondisi ghaib, mereka tersedar daripada lena dan dosa kelmarin. Tapi sebenarnya itu langsung tidak boleh menjadi hujjah bahawa hidayah itu mesti datang dalam bentuk yang aneh-aneh sahaja!
Jangan sampai terdetik dalam hati kita;
“Selagi belum bermimpi kena bakar dengan api neraka, selagi itulah aku tak perlu berubah. Aku okey lagilah tu!”
Jangan!
Tidaklah patut manusia berasa hairan (takjub) bahwa Kami telah mewahyukan kepada seorang lelaki dari jenis mereka (Nabi Muhammad, dengan berfirman kepadanya): "Berilah amaran kepada umat manusia (yang ingkar, dengan balasan azab) dan sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa bagi mereka ada persediaan yang sungguh mulia di sisi Tuhan mereka. (Setelah Nabi Muhammad memberi amaran dan menyampaikan berita yang mengembirakan) berkatalah orang-orang kafir (yang merasa hairan) itu: "Sebenarnya (Al-Quran) ini ialah sihir yang terang nyata." (Yunus 2).
Islam bukan agama yang didirikan atas dasar hairan. Islam ialah agama yang solid. Tiangnya daripada hujjah yang mantap, bukan daripada lidi emosi. Atapnya daripada dalil yang mapan, bukan daripada kapas persangkaan.
Adakah apabila melihat awan membentuk kalimah Allah, baru kita mahu beriman? Adakah kita menunggu corak bulu-bulu di badan kambing untuk membentuk kalimah Muhammad, baru kita percaya tentang kerasulan Baginda? Apakah kita tertunggu-tunggu kita bermimpi, diberi lintasan atau melihat logamaya tentang kejelekan-kejelekan kita, barulah kita mahu bertaubat? Atau adakah kita mahu menunggu datangnya ribut Tsunami dalam keadaan kita ketakutan sambil berlindung di dalam masjid, dan berharap ombak raksasa yang sebesar bukit itu memukul lembut tanpa sikit pun mencemarkan masjid, barulah kita mahu akur bahawa islam agama yang sebenar? Jika tidak pun, adakah kita mahu menunggu fenomena sejadah bersolat, barulah kita mahu bersolat?
Kenapa perlu dikaitkan hidayah dengan fenomena-fenomena aneh, misteri, mistik, dan paranormal ini? Tidakkah kita mahu meniru perangai orang kafir yang menunggu-nunggu keajaiban dan perkara-perkara aneh timbul di hadapan mereka, barulah mereka mahu berkata, “Allah telah memberikan aku hidayah!”
Adakah dengan tidak menimbulkan ketakjuban dan kehairanan, bererti hidayah belum sampai?
Hidayah dan seruan sudah berkemundang sejak dahulu. Sejak kita baligh, sampai sekarang. Saat kita tidur, makan, bekerja, bersama keluarga, setiap usia kita yang berlalu, tidak terpisah kita dengan seruan dan hidayah.
Bezanya, kita memilih untuk memejamkan mata hati dan menutup telinga nurani. Kita sendiri yang melupakan, tidak menyambut, mengabaikan, dan membakul sampahkan petunjuk-petunjuk dan seruan-seruan itu!
Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya. (Qaf 2).
Hidayah sudah lama menari-nari di depan kelopak matamu. Seru yang ditunggu, sudah lama berdesir di cuping telingamu. Jika kali ini kamu masih bertangguh dan beralasan, ketahuilah bahawa aku berlepas diri daripada kewajipanku.
Lembaran kertas ini menjadi saksi, bahwa aku telah berseru!
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 2:21 AM 0 comments
Tuesday, April 24, 2012
~ Hanya DariMu Kekuatan Itu ~
Dengan nama Allah.. yang hadirnya sedekat urat nadi hamba-hambaNya..
Terasa berabad lamanya blog ni tidak di"update". berhabuk sudah. Entah mengapa petang ini terasa ingin post sesuatu di sini.. tapi hakikatnya takde idea.. Hmm..
Mengimbas kembali hari-hariku yg berlalu, terasa sebak dada mengenangkan kasih sayang Ilahi yang tiada henti. Sudah bertimbun-timbun nikmat yang ku kecap, namun, tahap syukurku..?? Allahu rabbi...
Suasana di perpustakaan ini benar-benar sunyi, sesunyi hati.. awalnya nak pergi ke masjid tadi, dengan niat nak tenangkan hati..tapi nampak banyak pulak motor-motor yg parking di kawasan masjid. Pasti ramai muslimin. Inilah rutinku andai perlu bersendiri. sama ada di masjid, atau di library.
entah kenapa hati ni rasa kelu.. ada sesuatu yang menjalar di fikiran, namun tak pasti apakah ia.. ada sesuatu yg mungkin ingin diluahkan, namun masih samar-samar.. ada seseorang yang aku perlukan, namun tak pasti siapakah dia. terasa hati benar-benar sebak, namun masih suram apakah yg perlu aku tangisi.
Ya Allah, jangan biar hati ini kosong..
Sungguh, kepadaMu ya Allah tempat mengadu segalanya. Andai aku ditinggalkan manusia, atau kecewa dengan insan2 yg ku sayangi, atau mungkin sahaja hilang peneguh semangat, usah biar aku tersungkur dengan semua ini ya Allah.. usah biar aku sendiri terkapai-kapai dalam tangisan. kerana ku tahu duhai pemilik segala perasaan, kekuatan itu sebenarnya adalah dariMu..
hanya dariMu..
hanya dariMu..
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 1:30 AM 2 comments
Sunday, September 25, 2011
Duhai hati, optimislah dengan Allah !
aku belajar bahawa..
tidak selamanya hidup itu indah..
kadang..
Allah membelokkan rencanaku..
namun..
aku tahu...
bahawa Allah tidak pernah meninggalkanku..
oleh itu..
aku akan menghadapi hidup ini dengan bersyukur..
aku belajar bahawa..
ujian pasti datang dalam hidupku..
kerana aku tahu bahawa semua itu tidak melampaui kekuatanku..
maka aku akan belajar menghadapinya dengan tabah dan sabar..
aku belajar bahawa tidak ada kejadian yang harus disesali dan ditangisi kerana semua rancanganNya indah bagiku..
maka aku akan menghadapinya dengan bersyukur..
Ya Allah, tuntuni langkah ini dengan redhaMU...
Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah) sedang Dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya : "Janganlah kamu berduka cita, Sesungguhnya Allah beserta kita". Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya dan Al-Qu'ran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa Lagi maha Bijaksana. (QS. At-Taubah; 40)
Barang siapa yang berjihad demi menegakkan agama Allah maka niscaya Allah akan menolongnya untuk mencapai tujuan tersebut. Ingat ! Allah selalu bersama kita dan Dia tahu terhadap apa yang kita kerjakan. Segala kesulitan akan dipermudah jalannya selama kita meminta pertolongannya. Namun kita harus berbekal kesabaran karena kesabaran akan membuat kita berhasil melintasi segala rintangan tersebut. Menanti pertolongan dari Allah berarti harus bersabar sampai Allah menghilangkan segala rintangan dan kesulitan tersebut yang tidak dapat dihilangkan oleh manusia lainnya melainkan hanya Allah. Menanti dan mengharapkan pertolongan Allah dengan sabar adalah bekal yang paling utama karena yang demikian menunjukkan kepercayaan kita terhadap Sang pencipta. janganlah bersedih hati dan berduka cita dalam berjihad. Karena Allah tidak akan tinggal diam selama ia berjihad demi menegakkan agama-Nya dan semata-mata ingin mendekatkan diri pada-Nya. Allah pasti akan menolong orang-orang yang berbuat kebajikan. Bersabarlah karena Allah telah menentukan takdir atas segala sesuatu dengan waktu yang tidak akan dilewati dan dilampauinya. Jika waktu itu telah tiba, ia tidak akan terlambat atau lebih cepat walau sedikitpun. Hanyalah Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Penolong.
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 4:34 AM 7 comments
Saturday, May 14, 2011
Dilema Cinta Ilahi..
"Puas kucoretkan kata cinta ini,
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.
Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."
beriringan kata seindah bicara,
lautan api telah pun ku selami,
namun geloranya tetap sama.
Oh Tuhan,di manakah CINTA-MU,
Oh Tuhan,di manakah RINDU-MU,
dan ke manakah REDHA-MU,
ke manakah RESTU-MU.
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
kuharapkan CINTA-MU ILAHI...
dilema CINTA ini merunsingkan hatiku,
hanya tuk dapatkan RAHMAT dari-MU...."
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 11:13 PM 0 comments
Labels: Cinta Ilahi, Muhasabah
ISTIDRAJ...
Kita
tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap,
tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya
pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa,
siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan
kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya
menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu
bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang
bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit
lagi derita.
Kenapa begitu? Sekarang ini, yang
manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka soalan ana…
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah,
yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki
dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba
ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini
dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH
memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia
itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat
istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam
kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat
istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal
kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan
bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak
mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa
kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran.
Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya
mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam
tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba
mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka
Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari
ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak,
semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH,
walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban
waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin
dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia
akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini
terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak
saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila
kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian
berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul
dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini,
“ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda
ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak
berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama
sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang
baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji
hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika
saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang
penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika
menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang
muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat
banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari
itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu
bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah
berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak,
sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya
memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu
jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak
mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran
imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji,
tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan
walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH.
ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada
berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan
membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu
perkara, itu hanya perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan.
Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan
sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita
digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih
lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada
kita.
Mustahil anda suka senang sebentar
di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Ana yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang
jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu
penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH
SWT.
“Aku berdosa, tetapi aku berjaya….”
Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang
membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan
bermuhasabah semula.
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 3:55 AM 0 comments
Tuesday, April 19, 2011
KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI DI NURFA FARMSTAY AYER BALOI PONTIAN JOHOR
Pada 8hb April yang lalu ana bersama para fasilitator di Johor telah
menguruskan kem motivasi dan jati diri untuk para pelajar SMK Ayer Baloi,
Pontian. Program dijalankan selama 2 hari 1 malam di Nurfa Farmstay Pontian,
Johor. Ana bersama beberapa orang fasilitator tiba agak lewat sedikit pada
petang jumaat 8hb iaitu jam 3 petang. Para peserta terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan 3-5. Mereka dikategorikan sebagai pelajar “hard
core”. Jadi kami para fasi memerlukan kesabaran yg agak tinggi untuk handle
mereka. Kami berusaha yg terbaik untuk merubah mereka selaras dengan apa yg
diharapkan oleh guru-guru yg menghantar mereka ke sini untuk “ditarbiyyah”.
Kami para fasilitator tidak mampu untuk merubah mereka. Kami hanya membantu,
berusaha dan melakukan yg terbaik. Namun, kuasa terletak di tangan Allah.
Slot yang pertama adalah sesi
taaruf para peserta bersama peserta yang lain dan para fasilitator. Para
peserta juga ditekankan tentang konsep ukhwah sesama mukmin. Sesungguhnya
setiap muslim yg mukmin itu bersaudara. Kami semua bersama-sama menyanyikan
lagu Akrab Persahabatan yg dipopularkan daripada kumpulan Inteam. Pada waktu
itu, ukhwah kami amat terasa.
Pada petangnya pula telah diadakan riadah. Pelbagai permainan
dijalankan. Antaranya ialah bermain bola sepak dalam keadaan mata ditutup,
sentuh lutut, dan Bahtera Kasih.
Pada malamnya pula, setelah kami solat maghrib dan isyak berjemaah
serta mendengar tazkirah yg disampaikan oleh akhi Shoem, slot “membasuh” para
peserta telah diadakan. Para peserta disedarkan tentang kewajipan menjadi anak
yg baik kepada ibu bapa dan taat kepada perintah Allah. Pelbagai video-video yg
berupa kesedaran insaniah ditayangkan kepada para peserta. Boleh dikatakan
semua pelajar perempuan menangis. Pelajar lelaki pula hanya segelintir sahaja
yg menangis. Pelbagai slot telah dijalankan oleh Cikgu Ismail dan beberapa fasilitator muslimin. Ana sangat tersentuh hati apabila
tiba slot di mana para pelajar diminta menulis surat untuk ibu bapa mereka. Ada
yg menulis surat dalam keadaan teresak-esak. Sebak menyaksikan gelagat mereka.
Lebih-lebih lagi diiringi dengan background muzik yg agak menyentuh perasaan. Ana
sendiri tak dapat bendung kesedihan. Nasib baiklah waktu itu suasana
digelapkan. Hanya cahaya lilin yang menghiasi. Pelajar dibenarkan tidur pada
jam 1 malam dan akan bangun qiam pada esoknya jam 4.30 pagi. Para fasilitator
berkumpul untuk mendengar taklimat tentang perjalanan program keesokan harinya.
Kami juga “diamanahkan” untuk melaksanakan solat taubat dan solat hajat agar
diberi kekuatan dan dipermudahkan perjalanan program esok hari memandangkan
kami para fasilitator terlalu kepenatan.
Pada keesokan harinya, setelah bersarapan dan beriadah serta mendengar
tazkirah, kami menunaikan solat dhuha berjemaah di tengah padang. Setelah itu
explorace dijalankan. Untuk aktiviti ini, para fasilitator dikehendaki
menguruskan 5 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai password masing-masing.
Berikut merupakan 5 checkpoint yang harus disiapkan oleh para peserta:
-Kesan tinggalkan solat
-Nikmat hati
-Nikmat mata
-Manusia vs syaitan
-Rukun Faham
Setiap checkpoint haruslah diselitkan input oleh para fasilitator.
Beberapa tugasan juga diberikan kepada para peserta. Ana ditugaskan untuk
menjaga checkpoint Nikmat Hati. Dalam checkpoint tersebut, ana memasukkan kicap
ke dalam air jernih di dalam cawan. Dan
setiap titisan kicap dilambangkan sebagai maksiat-maksiat yg biasa dilakukan oleh manusia di muka bumi. Tugasan
yg ana berikan kepada mereka adalah masing-masing dikehendaki memberikan
“ibrah” daripada aktiviti tersebut. Di checkpoint tersebut juga ana selitkan
satu slot yg dinamakan “tajdid hati”. Mereka dikehendaki memejamkan mata sambil
mengikuti alunan zikrullah. Kemudian ana menerangkan tentang nikmat hati dan
konsep “Dua Cinta” kepada para peserta. Yang terakhir sekali mereka dikehendaki
berikrar untuk melakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik. Dalam
kelima-lima kumpulan, terdapat seorang ahli daripada kumpulan United Muslimah,
bernama Syahira menangis teresak-esak sewaktu ana menjalankan slot “tajdid
hati” kepada kumpulan tersebut. Syahira menerangkan bahawa hatinya amat
tersentuh dan berazam untuk berubah. Alhamdulillah…. Kesyukuran yg tidak
terhingga ana panjatkan untuk Ilahi…
Setelah makan tengah hari, peserta dikehendaki mengemas barang-barang
dan membuka khemah serta menyiapkan diri untuk solat zohor berjemaah. Selepas
solat, program dikendalikan oleh cikgu Ismail. Slot yg terakhir adalah
perpisahan antara para fasilitator dan peserta. Kem Komander iaitu akhi Shoem
mewakili para fasilitator memberikan ucapan dan amanat terakhir. Sebelum
berpisah, kami sempat mengambil gambar dan akhir sekali, majlis bersurai. Kami berasa puas walaupun agak
penat. Kami pulang dengan harapan segala usaha kami bermanfaat kepada
adik-adik. Ayuh sama-samalah kita mendoakan agar mereka mampu dan berusaha
berubah ke arah yg lebih baik serta memperkukuhkan jati diri islam yg
sebenarnya ada dalam diri mereka yg masih belum disingkap.
BERSAMA BANGKIT UNTUK UMMAH !
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 8:30 AM 5 comments
Monday, April 18, 2011
Aktiviti Masa Cuti...
Hmm.. ana tak tau la nak post apa.. rasa macam nak post sesuatu..tapi apa ye??
Sebelum cuti hari tu macam-macam plan ana buat.. tapi, tak semua dapat dibereskan. Semua separuh jalan..
hehehe.. Itulah dia ragamnya kalau duduk kat rumah. Macam ni la jadinya..layan kucing..bual2 dgn nenek..macam2 cerita..pagi siapkan arapan subuh..kemas rumah..2 hari sekali basuh baju.. then masak tengah hari.. petang tolong mak kat kedai makan..malam plak ajar tusyen.. Dulu masa kat asrama pun sama. 5 tahun ana duduk di asrama. tiap kali balik rumah mesti kerja sekolah tak siap..sebab mood study hilang..hehe.
tapi kali ni ana balik rumah, nak study apa?? takde pun urusan akademik.. Cuma perlu mantapkan tarbiyyah diri ana sendiri ni ha...ni plan cuti ana..
- Ambil MUET
- Habiskan baca buku Asas-asas Islam
- Research pasal pertubuhan ****** di Malaysia (x bleh mention di sini hehe)
- Sambutan Hari Keluarga
- Sambut birthday mak 23 April ni
- Mengajar tusyen sekolah rendah dan menengah
- Istikharah............. (T_T)
- Buat ringkasan buku Maza Yakni (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) untuk dibentangkan kepada akhawat2 usrah
- Uruskan program2 motivasi dan kepimpinan untuk pelajar2 sekolah
- Perbincangan "perancangan hidup" bersama mak dan abah
- Mantapkan bahasa Arab
- Belajar buat kek (^_^)
- Imam muda
- Aktifkan blog
Hmm..itulah antara perancangan masa cuti ana.. ada yg dah selesai..ada jugak yg separa selesai..
Ada jugak yg tak start langsung.. ana harap semua ni ana dapat selesaikan sebelum cuti habis..
sahabat2, doakan urusan ana dipermudahkan ye.. =)
Setakat ini sahaja.. maas salamah wa ilalliqa'..
(^_^)
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 10:04 PM 1 comments
Friday, April 1, 2011
OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT : “MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT” ANJURAN KELAB IKATAN MAHASISWA DINAMIS UITM KEDAH
Setelah lama menunggu, kami dibenarkan untuk melawat kolam ternakan ikan keli. Ana kira ada lah dalam 3 ke 4 buah kolam. Sementara melawat kami diberi penerangan oleh akhi Zakaria tentang ternakan ikan keli. Barulah ana tahu, sengat ikan keli bukan berada dimulutnya, tetapi di celah sayapnya. Menurut akhi Zakaria, dia telah terkena sengat sewaktu memegang ikan keli disebabkan tidak memakai sarung tangan yang telah disediakan. Ha tu laa..nak sangat challenge abg Asri tu buat apa.. dia tu dah biasa.. ha kan dah kena sengat.. hehe. Setelah itu kami diberikan tugasan untuk mengalihkan ikan keli yg berada di dalam bakul untuk dimasukkan ke dalam tong biru yg disediakan. MasyaAllah…macam mane ni???? Kalau terkena sengat macam mana??? Ohh tidak !!!
Ana kalau setakat siang ikan boleh la..sebab dah mati.. ini kena pegang ikan keli hidup-hidup. Dah la ikan tu ada sengat. Dalam tidak rela dan terpaksa, ana cuba jugak dalam ketakutan memandangkan “dipaksa” oleh akhi Zakaria. Akhi kata, tarbiyyah tu namanya. Hehe. Betul tu akhi, tarbiyyah tu.. =) ana menjadi orang yang last skali memegang ikan keli tersebut. Alhamdulillah, berjaya. Hmm boleh tahan berani jugak ana ni rupanya. (bangga2..hehe..)
penerangan oleh akhi Zakaria..
Selesai menyiapkan tugasan, kami beransur ke checkpoint yang terakhir iaitu rumah berlandskap. Kami diberikan jamuan terlebih dahulu sambil mendengar “ceramah” yg diberikan oleh Dato’ dan Datin pemilik rumah tersebut. Tugasan kami yang terakhir adalah menyenaraikan 10 nama jenis pokok yang terdapat di rumah tersebut dan menerangkan bagaimana pertanian boleh menjadi ibadah. Setelah selesai, kami kembali berkumpul di masjid dan pulang ke rumah masing-masing.
Pada petangnya telah diadakan sukan rakyat di surau yang tidak jauh jaraknya dari masjid. Para peserta OPKIM berkumpul bersama keluarga angkat masing-masing. Pada waktu ini mak dan ayah angkat ana tidak dapat hadir memandangkan ada aulawiyat lain yang perlu diuruskan. Jadi, tak dapat lah ana join pertandingan mengupas bawang ( sedih la jugak hehehe ). Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya sepak bola badminton(ana lupa apa nama permainan ni),kupas bawang, boling kelapa, tarik upih dan kukur kelapa. Macam-macam keletah para peserta semasa sukan rakyat ini berlangsung. Kenangan yang sukar dilupakan.
Pada malamnya pula, usai solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid, tibalah acara yang dinantikan iaitu “Malam Seribu Kenangan”. Pelbagai persembahan telah diadakan oleh penduduk kampung dan mahasiswa mahasiswi UiTM sendiri. Antaranya ialah berbalas pantun, berzanji, marhaban, nasyid, lakonan dan sajak. Ana dan beberapa mahasiswi UiTM juga tidak terkecuali. Kami menyampaikan persembahan nasyid ; dua buah lagu iaitu Demi Matahari dan Teman Sejati. Untuk lagu Demi Matahari, kami tidak menyanyi. Hanya menunjukkan gaya dan meminta semua hadirin bangun dan mengikuti gerak laku kami. Lagu ini biasanya ana mainkan semasa menjalankan program-program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dengan menyuruh pelajar-pelajar mengikut gerak laku kami (para fasilitator) di hadapan. Lagu ini sebenarnya dipetik daripada Surah As-Shams yang bermaksud matahari. Lagu ini juga mengetengahkan kita mengenai kehebatan kuasa Allah dengan menciptakan langit dan bumi serta seisinya yang tiada satu pun yang sia-sia. Subhanallah…
Persembahan kedua kami pula ialah lagu Teman Sejati. Memandangkan lagu ini nampak biasa dan ana kira semua orang mungkin tahu, kami merancang untuk membuat sedikit kelainan iaitu dengan menambah suatu kisah tentang ukhwah. Pada saat-saat akhir baru timbul idea. Dan on the spot time tu jugak ana menceritakan suatu kisah mengenai ukhwah yang ana garap ceritanya daripada buku Fanzuru (Maka Lihatlah) oleh Hilal Asyraf yang belajar di University of Yarmouk, Jordan (buku tu ana pinjam daripada sahabat baik ana, Fathiah Ruhana). Walaupun persembahan yang kami buat pada malam itu tidak seperti perancangan awal, namun kami puas.. =)
Alhamdulillah… yang paling ana tersentuh adalah apabila Ustaz Hadi membuat persembahan sajak yg ana kira secara spontan rasanya. Sangat-sangat menyentuh hati.. ana tertarik dengan statement last skali yang disampaikan oleh ustaz iaitu.. “wahai adik-adikku, inginku pegang tanganmu, inginku pimpin jiwamu, agar dikau bakal menjadi generasiku,yang mampu melaungkan takbir Allahu Akbar! Allahu Akbar! Sambil memegang panji-panji Islam, berlari….menuju ke destinasi.. Kerana itulah, aku… seorang… hamba...”
Ahsanta ya ustaz..mabruk alaik ! =)
Selepas itu kami menikmati jamuan. Pada waktu itu ana duduk bersama Fareeza. Kami berbual-bual. Ana melihat jam di tangan. Waktu menunjukkan pukul 12.03 pagi. Birthday akhi Manan. Akhi Rasydan ada beritahu ana birthday akhi Manan pada 26hb Mac, sejak sebelum kami pergi OPKIM lagi. Sedang ana dan Fareeza berbual sambil makan, akhi Manan datang menegur kami, “Macam mana Fareeza, overall ok??” Fareeza jawab “ok”. “Tasya, ok??” Ana angguk je. Nak je ana wish birthday time tu jugak. Tapi ana batalkan niat sebab ana rasa pasti akhi Rasydan atau AJK IMAN yang lain akan membuat kejutan untuk akhi Manan. Kalau ana wish time tu, tak surprise la nanti kan..hehe. Setelah akhi Manan berlalu pergi, ana beritahu Fareeza bahawa hari ni birthday akhi Manan. Setelah siap menikmati jamuan, majlis bersurai. Semua dibenarkan pulang kecuali peserta-peserta OPKIM dikehendaki berkumpul di masjid kerana ada sedikit taklimat ringkas untuk perjalanan program keesokan harinya. Setelah akhi Manan memberi taklimat ringkas, akhi Zakaria meminta akhi Manan untuk keluar sebentar kerana ada sedikit teguran untuk akhi Manan. Akhi Zakaria memberitahu kami bahawa hari ini birthday akhi Manan. Tidak lama selepas itu kami sama-sama menyanyikan lagu “selamat” untuk akhi Manan. Akhi Rasydan tampil memberi hadiah hari jadi kepada akhi Manan sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke-20 sambil mereka berpelukan. Akhi Manan diminta memberi sedikit ucapan ringkas. Beliau mengharapkan agar kami para peserta OPKIM dapat melakukan yang terbaik untuk program kali ini yang berada di bawah kelolaannya buat julung kalinya beliau mengendalikan program sebegini besar sebagai pengarah projek. Baginya, itulah hadiah yang amat berharga buatnya. =)
Keesokan harinya, kami sama-sama bergotong royong membersihkan kubur, surau dan masjid. Ada juga yang terlibat dengan aktiviti memasak. Dalam pada masa yang sama, ukhti Mariam dan beberapa AJK IMAN terlibat dengan Education in Islamic Version.
beberapa muslimin sedang membersihkan kubur..
Pada tengah harinya, kami menikmati jamuan tengah hari. Sebelum makan,ana duduk berbual bersama adik-adik angkat ana (yg bukan kategori adik angkat pun ada yg join sekali.. ). Seronok berbual dengan mereka. Ada yang bertanya, “akak, seronok tak masuk universiti??”. “akak, cikgu ada rotan tak kalau tak siap kerja rumah??” “akak, tak rindu mak ayah akak ke??”. Hmm macam-macam soalan. Penat jugak ana nak menjawab. Tapi tak mengapa, demi adik-adik. Entah-entah, dulu ana kecil-kecil pun begitu agaknya.. Sempat juga ana main teka-teki dengan mereka. Siapa dapat jawab ana akan bagi coklat. Coklat tu memang ana dah sediakan sebelum pergi program lagi. Sebab ana tahu, pasti akan jumpa ramai kanak-kanak. Ana tanya mereka tentang soalan-soalan mudah seperti rukun Iman dan rukun Islam,berpuasa, solat, berbakti pada ibu bapa.. Seronok ana menyaksikan keletah mereka apabila mereka berebut-rebut nak jawab soalan sebab nak dapat coklat.
Akhi Rasydan yang sedang berada di meja urusetia pada ketika hadirin sedang menikmati jamuan tengah hari pada ketika itu dikelilingi kanak-kanak. Semua nak bercakap di mikrofon. Comel sekali. Sungguh pelbagai keletah mereka. Ada yang menyanyi lagu “alif ba ta”.. ada juga yang tak sudah-sudah memberi salam dan mengucapkan hello.. yang paling ana tak tahan apabila ada yang menyanyikan lagu “hepy birthday” untuk akhi Manan. Yang paling comel tu ada seorang yang nyanyi “Abang Manan to you..”. Comel sangat-sangat suara dia. Sepatutnya dia kena nyanyi hepy birthday to you..tapi bila akhi Rasydan sebut “abg manan”, terus budak tu nyanyi “abg manan to you..”. MasyaAllah, comel sangat. Waktu tu, semua hadirin termasuk para ibu dan ayah turut tergelak dengar suara budak tu menyanyi untuk akhi Manan. (^_^)
Lepas makan, ana sempat memberi sedikit kenangan kepada adik-adik ; bookmark yang ana buat sebelum pergi OPKIM, sebagai tanda kenangan. Setelah itu kami pulang ke rumah keluarga masing-masing untuk mengemas barang untuk pulang.
Petang bertamu. Majlis perasmian penutup diadakan. Waktu itu, hujan renyai-renyai. Entahlah, tak tahu kenapa pada waktu itu, ana terasa sangat sebak. Namun, ana tahan. Lagi-lagi apabila mendengar ucapan daripada pengarah projek sendiri. Ana tertarik dengan ucapan akhi Manan yang berbunyi,
“Cuba kita relatekan, kehidupan kita yang 3 hari ni, dengan kehidupan kita yang sebenar. Bagaimana ukhwah dan hubungan antara kita ini perlu, sesama umat Islam..tidak kira kita ini seorang yang berpangkat tinggi..tidak kira kita ini seorang yang berpengetahuan tinggi..ataupun hanya seorang petani..tetapi kita di sisi Allah hanyalah hamba. Sama. Allah tidak akan membezakan antara kita kecuali dengan iman dan taqwa kita.. dan kita ini diikat oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan Islam dan ikatan silaturrahim iaitu ikatan persaudaraan sesama Islam..”.
Ahsanta akhi Manan.. =)
Ana tak tahu kenapa, ana terasa sebak sangat nak berpisah dengan mak dan ayah. Yelah, ana first time sampai utara. Sorang. Tiada saudara mara di sini. Selama satu sem ana di sini, tak pernah balik langsung. Cuti sem ni jelah ana bakal pulang ke kampung halaman. Ayah angkat kata, “anggap kami seperti keluarga sendiri. Kalau ada masalah, boleh datang sini. Ada masa free datanglah sini. Kalau rasa jauh nak balik johor, mira boleh balik sini. Kalau rasa tiada tempat mengadu, kami ada. Ayah dengan mak dah anggap mira macam anak kami sendiri..”. perkenalan yang hanya seketika terasa sangat bermakna. Ana cuba tahan air mata daripada mengalir. Ditambah pula rasa rindu yang teramat pada keluarga ana di kampung.. Ana cuba juga untuk bertahan. Tapi entahlah...tak boleh. Ana tak nak menangis. Malu la nanti mata merah. Miratasya, relax2..cool pliz..kuat la sikit.. Ish. Tetap tak boleh. Ape la ana ni. Sikit pun nak nangis.. =(
Majlis diteruskan dengan beberapa ucapan, perasmian penutup, pemberian cenderahati dan sesi fotografi peserta bersama keluarga angkat masing-masing.
Sekitar majlis penutupan OPKIM..
ucapan peserta dan AJK..
Bersama adik-adik.. (^_^)
Ana dan kak Jannah menyerahkan cenderahati kepada mak dan ayah..
Ana dan kak Jannah bersama mak dan ayah..
Sesungguhnya, segala pengalaman dan detik-detik manis sepanjang mengikuti OPKIM sukar untuk ana lupakan. Semoga segala pengalaman, pengajaran dan tarbiyyah yang diperoleh dapat digarap bersama oleh semua peserta OPKIM di samping menyusuri kehidupan alam remaja kampus yang tak mungkin dapat kita ulangi buat kedua kalinya. Mana yang baik kita jadikan pedoman dan pengajaran. Mana yang kurang baik kita jadikan sebagai kayu ukur dan batu loncatan untuk kita memperbaiki segala khilaf dan kekurangan ke arah melakar kualiti kehidupan yang lebih syumul sebagai umat Islam. Setakat ini sahaja yang dapat ana coretkan. Asif seandainya ada kekurangan. Jazakumullahu khairan kathira.. Sehingga bertemu lagi.. Maas salamah wa ilalliqa’..
“Bersama bangkit untuk ummah !”
Posted by ..::aLMutAdAiyiNaH::.. at 12:13 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)


