THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 1, 2011

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT : “MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT” ANJURAN KELAB IKATAN MAHASISWA DINAMIS UITM KEDAH






            Setelah mempersiapkan diri dan bersarapan pagi kami berkumpul di masjid untuk slot yang kedua iaitu “Expresi Dirimu” (explorace). Setelah warm up kami dibahagikan kepada 5 kumpulan oleh akhi Rasydan. Kami akan bergerak ke 5 checkpoint iaitu pembuatan wau, ternakan ayam, bengkel membuat kuih tradisional, ternakan ikan keli dan rumah berlandskap. Ana dan kak Jannah terpaksa berpisah memandangkan ana tak reti bawa motor (kalau bawa kereta boleh la hehe) dan keluarga angkat kami pula tidak mempunyai motor. Justeru kami terpaksa berpisah dan ana digandingkan bersama kak Asmira (handal jugak merempit hehe).  Ahli kumpulan kami diberi nama “Wau !” dan kami mencipta trademark kumpulan kami yg juga diselitkan dengan perkataan “Wau !”. Kebetulan, checkpoint pertama kami di tempat pembuatan wau. Macam-macam kerenah ahli kumpulan ana dalam mencari tempat melalui petunjuk yg diberikan. Sepanjang melalui kampung, ana seolah2 seperti rusa masuk kampung. Walaupun ana duduk di kampung, namun ana tak pernah menyaksikan pemandangan perkampungan sawah padi yg cukup indah terbentang luas di hadapan mata. Di Johor tak jumpa pemandangan sebegini indah. Dengan burung-burung putih beterbangan, lakaran awan biru yg cukup mempesona, angin sepoi-sepoi.. MasyaAllah. Subhanallah. Tak henti-henti lidah ana mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan Ilahi yg tiada tandingannya. Inilah kali pertama ana sampai di kedah (utara) dan inilah juga kali pertama ana menyaksikan keindahan sawah di hadapan mata. Ingin sahaja ana berlari ke tengah sawah. Ada juga yang mengatakan ana “jakun” sebab macam la tak pernah tengok sawah. Memang pun. Memang ana tak pernah tengok secara live. Sampai di checkpoint pertama, kami dikehendaki menjawab soalan yg diberikan iaitu “apakah kaitan wau dgn kehidupan kita sebagai seorang Islam”. Setelah menjawab, kami ditugaskan untuk membuat wau. Namun, kami tidak sempat untuk menyiapkan wau dalam masa yg diberikan.



































Setelah lama menunggu, kami dibenarkan untuk melawat kolam ternakan ikan keli. Ana kira ada lah dalam 3 ke 4 buah kolam. Sementara melawat kami diberi penerangan oleh akhi Zakaria tentang ternakan ikan keli. Barulah ana tahu, sengat ikan keli bukan berada dimulutnya, tetapi di celah sayapnya. Menurut akhi Zakaria, dia telah terkena sengat sewaktu memegang ikan keli disebabkan tidak memakai sarung tangan yang telah disediakan. Ha tu laa..nak sangat challenge abg Asri tu buat apa.. dia tu dah biasa.. ha kan dah kena sengat.. hehe. Setelah itu kami diberikan tugasan untuk mengalihkan ikan keli yg berada di dalam bakul untuk dimasukkan ke dalam tong biru yg disediakan. MasyaAllah…macam mane ni???? Kalau terkena sengat macam mana??? Ohh tidak !!! 
Ana kalau setakat siang ikan boleh la..sebab dah mati.. ini kena pegang ikan keli hidup-hidup. Dah la ikan tu ada sengat. Dalam tidak rela dan terpaksa, ana cuba jugak dalam ketakutan memandangkan “dipaksa” oleh akhi Zakaria. Akhi kata, tarbiyyah tu namanya. Hehe. Betul tu akhi, tarbiyyah tu.. =) ana menjadi orang yang last skali memegang ikan keli tersebut. Alhamdulillah, berjaya. Hmm boleh tahan berani jugak ana ni rupanya. (bangga2..hehe..)




 penerangan oleh akhi Zakaria..









Selesai menyiapkan tugasan, kami beransur ke checkpoint yang terakhir iaitu rumah berlandskap. Kami diberikan jamuan terlebih dahulu sambil mendengar “ceramah” yg diberikan oleh Dato’ dan Datin pemilik rumah tersebut. Tugasan kami yang terakhir adalah menyenaraikan 10 nama jenis pokok yang terdapat di rumah tersebut dan menerangkan bagaimana pertanian boleh menjadi ibadah. Setelah selesai, kami kembali berkumpul di masjid dan pulang ke rumah masing-masing.


            Pada petangnya telah diadakan sukan rakyat di surau yang tidak jauh jaraknya dari masjid. Para peserta OPKIM berkumpul bersama keluarga angkat masing-masing. Pada waktu ini mak dan ayah angkat  ana tidak dapat hadir memandangkan ada aulawiyat lain yang perlu diuruskan. Jadi, tak dapat lah ana join pertandingan mengupas bawang ( sedih la jugak hehehe ). Pelbagai acara telah diadakan. Antaranya sepak bola badminton(ana lupa apa nama permainan ni),kupas bawang, boling kelapa, tarik upih dan kukur kelapa. Macam-macam keletah para peserta semasa sukan rakyat ini berlangsung. Kenangan yang sukar dilupakan.














Pada malamnya pula, usai solat maghrib dan isyak berjemaah di masjid, tibalah acara yang dinantikan iaitu “Malam Seribu Kenangan”. Pelbagai persembahan telah diadakan oleh penduduk kampung dan mahasiswa mahasiswi UiTM sendiri. Antaranya ialah berbalas pantun, berzanji, marhaban, nasyid, lakonan dan sajak. Ana dan beberapa mahasiswi UiTM juga tidak terkecuali. Kami menyampaikan persembahan nasyid ; dua buah lagu iaitu Demi Matahari dan Teman Sejati. Untuk lagu Demi Matahari, kami tidak menyanyi. Hanya menunjukkan gaya  dan meminta semua hadirin bangun dan mengikuti gerak laku kami. Lagu ini biasanya ana mainkan semasa menjalankan program-program motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah dengan menyuruh pelajar-pelajar mengikut gerak laku kami (para fasilitator) di hadapan. Lagu ini sebenarnya dipetik daripada Surah As-Shams yang bermaksud matahari. Lagu ini juga mengetengahkan kita mengenai kehebatan kuasa Allah dengan menciptakan langit dan bumi serta seisinya yang tiada satu pun yang sia-sia. Subhanallah…
Persembahan kedua kami pula ialah lagu Teman Sejati. Memandangkan lagu ini nampak biasa dan ana kira semua orang mungkin tahu, kami merancang untuk membuat sedikit kelainan iaitu dengan menambah suatu kisah tentang ukhwah. Pada saat-saat akhir baru timbul idea. Dan on the spot time tu jugak ana menceritakan suatu kisah mengenai ukhwah yang ana garap ceritanya daripada buku Fanzuru (Maka Lihatlah) oleh Hilal Asyraf yang belajar di University of Yarmouk, Jordan (buku tu ana pinjam daripada sahabat baik ana, Fathiah Ruhana). Walaupun persembahan yang kami buat pada malam itu tidak seperti perancangan awal, namun kami puas..  =)
Alhamdulillah… yang paling ana tersentuh adalah apabila Ustaz Hadi membuat persembahan sajak yg ana kira secara spontan rasanya. Sangat-sangat menyentuh hati.. ana tertarik dengan statement last skali yang disampaikan oleh ustaz iaitu.. “wahai adik-adikku, inginku pegang tanganmu, inginku pimpin jiwamu, agar dikau bakal menjadi generasiku,yang mampu melaungkan takbir Allahu Akbar! Allahu Akbar! Sambil memegang panji-panji Islam, berlari….menuju ke destinasi.. Kerana itulah, aku… seorang… hamba...”
Ahsanta ya ustaz..mabruk alaik !  =)


Selepas itu kami menikmati jamuan. Pada waktu itu ana duduk bersama Fareeza. Kami berbual-bual. Ana melihat jam di tangan. Waktu menunjukkan pukul 12.03 pagi. Birthday akhi Manan. Akhi Rasydan ada beritahu ana birthday akhi Manan pada 26hb Mac, sejak sebelum kami pergi OPKIM lagi. Sedang ana dan Fareeza berbual sambil makan, akhi Manan datang menegur kami,  “Macam mana Fareeza, overall ok??”  Fareeza jawab “ok”. “Tasya, ok??” Ana angguk je. Nak je ana wish birthday time tu jugak. Tapi ana batalkan niat sebab ana rasa pasti akhi Rasydan atau AJK IMAN yang lain akan membuat kejutan untuk akhi Manan. Kalau ana wish time tu, tak surprise la nanti kan..hehe. Setelah akhi Manan berlalu pergi, ana beritahu Fareeza bahawa hari ni birthday akhi Manan.  Setelah siap menikmati jamuan, majlis bersurai. Semua dibenarkan pulang kecuali peserta-peserta OPKIM dikehendaki berkumpul di masjid kerana ada sedikit taklimat ringkas untuk perjalanan program keesokan harinya. Setelah akhi Manan memberi taklimat ringkas, akhi Zakaria meminta akhi Manan untuk keluar sebentar kerana ada sedikit teguran untuk akhi Manan. Akhi Zakaria memberitahu kami bahawa hari ini birthday akhi Manan. Tidak lama selepas itu kami sama-sama menyanyikan lagu “selamat” untuk akhi Manan. Akhi Rasydan tampil memberi hadiah hari jadi kepada akhi Manan sempena hari ulangtahun kelahirannya yang ke-20 sambil mereka berpelukan. Akhi Manan diminta memberi sedikit ucapan ringkas. Beliau mengharapkan  agar kami para peserta OPKIM dapat melakukan yang terbaik untuk program kali ini yang berada di bawah kelolaannya buat julung kalinya beliau mengendalikan program sebegini besar sebagai pengarah projek. Baginya, itulah hadiah yang amat berharga buatnya. =)


            Keesokan harinya, kami sama-sama bergotong royong membersihkan kubur, surau dan masjid. Ada juga yang terlibat dengan aktiviti memasak. Dalam pada masa yang sama, ukhti Mariam dan beberapa AJK IMAN terlibat dengan Education in Islamic Version.










beberapa muslimin sedang membersihkan kubur..












Pada tengah harinya, kami menikmati jamuan tengah hari. Sebelum makan,ana duduk berbual bersama adik-adik angkat ana (yg bukan kategori adik angkat pun ada yg join sekali.. ). Seronok berbual dengan mereka. Ada yang bertanya, “akak, seronok tak masuk universiti??”. “akak, cikgu ada rotan tak kalau tak siap kerja rumah??” “akak, tak rindu mak ayah akak ke??”.  Hmm macam-macam soalan. Penat jugak ana nak menjawab. Tapi tak mengapa, demi adik-adik. Entah-entah, dulu ana kecil-kecil pun begitu agaknya.. Sempat juga ana main teka-teki dengan mereka. Siapa dapat jawab ana akan bagi coklat. Coklat tu memang ana dah sediakan sebelum pergi program lagi. Sebab ana tahu, pasti akan jumpa ramai kanak-kanak. Ana tanya mereka tentang soalan-soalan mudah seperti rukun Iman dan rukun Islam,berpuasa, solat, berbakti pada ibu bapa.. Seronok ana menyaksikan keletah mereka apabila mereka berebut-rebut nak jawab soalan sebab nak dapat coklat.



Akhi Rasydan yang sedang berada di meja urusetia pada ketika hadirin sedang menikmati jamuan tengah hari pada ketika itu dikelilingi kanak-kanak. Semua nak bercakap di mikrofon. Comel sekali. Sungguh pelbagai keletah mereka. Ada yang menyanyi lagu “alif ba ta”.. ada juga yang tak sudah-sudah memberi salam dan mengucapkan hello.. yang paling ana tak tahan apabila ada yang menyanyikan lagu “hepy birthday” untuk akhi Manan. Yang paling comel tu ada seorang yang nyanyi “Abang Manan to you..”. Comel sangat-sangat suara dia. Sepatutnya dia kena nyanyi hepy birthday to you..tapi bila akhi Rasydan sebut “abg manan”, terus budak tu nyanyi “abg manan to you..”. MasyaAllah, comel sangat. Waktu tu, semua hadirin termasuk para ibu dan ayah turut tergelak dengar suara budak tu menyanyi untuk akhi Manan. (^_^)
Lepas makan, ana sempat memberi sedikit kenangan kepada adik-adik ; bookmark yang ana buat sebelum pergi OPKIM, sebagai tanda kenangan. Setelah itu kami pulang ke rumah keluarga masing-masing untuk mengemas barang untuk pulang.











Petang bertamu. Majlis perasmian penutup diadakan. Waktu itu, hujan renyai-renyai. Entahlah, tak tahu kenapa pada waktu itu, ana terasa sangat sebak. Namun, ana tahan. Lagi-lagi apabila mendengar ucapan daripada pengarah projek sendiri. Ana tertarik dengan ucapan akhi Manan yang berbunyi,

“Cuba kita relatekan, kehidupan kita yang 3 hari ni, dengan kehidupan kita yang sebenar. Bagaimana ukhwah dan hubungan antara kita ini perlu, sesama umat Islam..tidak kira kita ini seorang yang berpangkat tinggi..tidak kira kita ini seorang yang berpengetahuan tinggi..ataupun hanya seorang petani..tetapi kita di sisi Allah hanyalah hamba. Sama. Allah tidak akan membezakan antara kita kecuali dengan iman dan taqwa kita.. dan kita ini diikat oleh Allah Subhanahu Wata’ala dengan Islam dan ikatan silaturrahim iaitu ikatan persaudaraan sesama Islam..”.


Ahsanta akhi Manan.. =)
Ana tak tahu kenapa, ana terasa sebak sangat nak berpisah dengan mak dan ayah. Yelah, ana first time sampai utara. Sorang. Tiada saudara mara di sini. Selama satu sem ana di sini, tak pernah balik langsung. Cuti sem ni jelah ana bakal pulang ke kampung halaman. Ayah angkat kata, “anggap kami seperti keluarga sendiri. Kalau ada masalah, boleh datang sini. Ada masa free datanglah sini. Kalau rasa jauh nak balik johor, mira boleh balik sini. Kalau rasa tiada tempat mengadu, kami ada. Ayah dengan mak dah anggap mira macam anak kami sendiri..”. perkenalan yang hanya seketika terasa sangat bermakna.   Ana cuba tahan air mata daripada mengalir. Ditambah pula rasa rindu yang teramat pada keluarga ana di kampung.. Ana cuba juga untuk bertahan. Tapi entahlah...tak boleh. Ana tak nak menangis. Malu la nanti mata merah. Miratasya, relax2..cool pliz..kuat la sikit.. Ish. Tetap tak boleh. Ape la ana ni. Sikit pun nak nangis.. =(



Majlis diteruskan dengan beberapa ucapan, perasmian penutup, pemberian cenderahati dan sesi fotografi peserta bersama keluarga angkat masing-masing.








Sekitar majlis penutupan OPKIM..




ucapan peserta dan AJK..









 Bersama adik-adik.. (^_^)


 Ana dan kak Jannah menyerahkan cenderahati kepada mak dan ayah..





 
Ana dan kak Jannah bersama mak dan ayah.. 




Sesungguhnya, segala pengalaman dan detik-detik manis sepanjang mengikuti OPKIM sukar untuk ana lupakan. Semoga segala pengalaman, pengajaran dan tarbiyyah yang diperoleh dapat digarap bersama oleh semua peserta OPKIM di samping menyusuri kehidupan alam remaja kampus yang tak mungkin dapat kita ulangi buat kedua kalinya. Mana yang baik kita jadikan pedoman dan pengajaran. Mana yang kurang baik kita jadikan sebagai kayu ukur dan batu loncatan untuk kita memperbaiki segala khilaf dan kekurangan ke arah melakar kualiti kehidupan yang lebih syumul sebagai umat Islam. Setakat ini sahaja yang dapat ana coretkan. Asif seandainya ada kekurangan. Jazakumullahu khairan kathira.. Sehingga bertemu lagi.. Maas salamah wa ilalliqa’.. 

“Bersama bangkit untuk ummah !”

















0 comments:

Post a Comment