Pada 8hb April yang lalu ana bersama para fasilitator di Johor telah
menguruskan kem motivasi dan jati diri untuk para pelajar SMK Ayer Baloi,
Pontian. Program dijalankan selama 2 hari 1 malam di Nurfa Farmstay Pontian,
Johor. Ana bersama beberapa orang fasilitator tiba agak lewat sedikit pada
petang jumaat 8hb iaitu jam 3 petang. Para peserta terdiri daripada
pelajar-pelajar tingkatan 3-5. Mereka dikategorikan sebagai pelajar “hard
core”. Jadi kami para fasi memerlukan kesabaran yg agak tinggi untuk handle
mereka. Kami berusaha yg terbaik untuk merubah mereka selaras dengan apa yg
diharapkan oleh guru-guru yg menghantar mereka ke sini untuk “ditarbiyyah”.
Kami para fasilitator tidak mampu untuk merubah mereka. Kami hanya membantu,
berusaha dan melakukan yg terbaik. Namun, kuasa terletak di tangan Allah.
Slot yang pertama adalah sesi
taaruf para peserta bersama peserta yang lain dan para fasilitator. Para
peserta juga ditekankan tentang konsep ukhwah sesama mukmin. Sesungguhnya
setiap muslim yg mukmin itu bersaudara. Kami semua bersama-sama menyanyikan
lagu Akrab Persahabatan yg dipopularkan daripada kumpulan Inteam. Pada waktu
itu, ukhwah kami amat terasa.
Pada petangnya pula telah diadakan riadah. Pelbagai permainan
dijalankan. Antaranya ialah bermain bola sepak dalam keadaan mata ditutup,
sentuh lutut, dan Bahtera Kasih.
Pada malamnya pula, setelah kami solat maghrib dan isyak berjemaah
serta mendengar tazkirah yg disampaikan oleh akhi Shoem, slot “membasuh” para
peserta telah diadakan. Para peserta disedarkan tentang kewajipan menjadi anak
yg baik kepada ibu bapa dan taat kepada perintah Allah. Pelbagai video-video yg
berupa kesedaran insaniah ditayangkan kepada para peserta. Boleh dikatakan
semua pelajar perempuan menangis. Pelajar lelaki pula hanya segelintir sahaja
yg menangis. Pelbagai slot telah dijalankan oleh Cikgu Ismail dan beberapa fasilitator muslimin. Ana sangat tersentuh hati apabila
tiba slot di mana para pelajar diminta menulis surat untuk ibu bapa mereka. Ada
yg menulis surat dalam keadaan teresak-esak. Sebak menyaksikan gelagat mereka.
Lebih-lebih lagi diiringi dengan background muzik yg agak menyentuh perasaan. Ana
sendiri tak dapat bendung kesedihan. Nasib baiklah waktu itu suasana
digelapkan. Hanya cahaya lilin yang menghiasi. Pelajar dibenarkan tidur pada
jam 1 malam dan akan bangun qiam pada esoknya jam 4.30 pagi. Para fasilitator
berkumpul untuk mendengar taklimat tentang perjalanan program keesokan harinya.
Kami juga “diamanahkan” untuk melaksanakan solat taubat dan solat hajat agar
diberi kekuatan dan dipermudahkan perjalanan program esok hari memandangkan
kami para fasilitator terlalu kepenatan.
Pada keesokan harinya, setelah bersarapan dan beriadah serta mendengar
tazkirah, kami menunaikan solat dhuha berjemaah di tengah padang. Setelah itu
explorace dijalankan. Untuk aktiviti ini, para fasilitator dikehendaki
menguruskan 5 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai password masing-masing.
Berikut merupakan 5 checkpoint yang harus disiapkan oleh para peserta:
-Kesan tinggalkan solat
-Nikmat hati
-Nikmat mata
-Manusia vs syaitan
-Rukun Faham
Setiap checkpoint haruslah diselitkan input oleh para fasilitator.
Beberapa tugasan juga diberikan kepada para peserta. Ana ditugaskan untuk
menjaga checkpoint Nikmat Hati. Dalam checkpoint tersebut, ana memasukkan kicap
ke dalam air jernih di dalam cawan. Dan
setiap titisan kicap dilambangkan sebagai maksiat-maksiat yg biasa dilakukan oleh manusia di muka bumi. Tugasan
yg ana berikan kepada mereka adalah masing-masing dikehendaki memberikan
“ibrah” daripada aktiviti tersebut. Di checkpoint tersebut juga ana selitkan
satu slot yg dinamakan “tajdid hati”. Mereka dikehendaki memejamkan mata sambil
mengikuti alunan zikrullah. Kemudian ana menerangkan tentang nikmat hati dan
konsep “Dua Cinta” kepada para peserta. Yang terakhir sekali mereka dikehendaki
berikrar untuk melakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik. Dalam
kelima-lima kumpulan, terdapat seorang ahli daripada kumpulan United Muslimah,
bernama Syahira menangis teresak-esak sewaktu ana menjalankan slot “tajdid
hati” kepada kumpulan tersebut. Syahira menerangkan bahawa hatinya amat
tersentuh dan berazam untuk berubah. Alhamdulillah…. Kesyukuran yg tidak
terhingga ana panjatkan untuk Ilahi…
Setelah makan tengah hari, peserta dikehendaki mengemas barang-barang
dan membuka khemah serta menyiapkan diri untuk solat zohor berjemaah. Selepas
solat, program dikendalikan oleh cikgu Ismail. Slot yg terakhir adalah
perpisahan antara para fasilitator dan peserta. Kem Komander iaitu akhi Shoem
mewakili para fasilitator memberikan ucapan dan amanat terakhir. Sebelum
berpisah, kami sempat mengambil gambar dan akhir sekali, majlis bersurai. Kami berasa puas walaupun agak
penat. Kami pulang dengan harapan segala usaha kami bermanfaat kepada
adik-adik. Ayuh sama-samalah kita mendoakan agar mereka mampu dan berusaha
berubah ke arah yg lebih baik serta memperkukuhkan jati diri islam yg
sebenarnya ada dalam diri mereka yg masih belum disingkap.
BERSAMA BANGKIT UNTUK UMMAH !
5 comments:
Gempak kem ni... fesi2 dia pun gempak... semoga para peserta mendapat kebaikan daripada program ni...
Mira lain kali ajak ana skali... hihhihi...
Pontian? Ayer Baloi?.... dekat jer dgn sekolah ana dulu... Tp bukan ni... hihihih... =)
insyaAllah smga para peserta mendapat ibrah yg bermanfaat daripada kem ni..
sebenarnya ada 2 lagi kem yg ana x sempat nak post kat blog ni..
abg nk join?? sangat dialu-alukan utk abg manan.. insyaAllah jika ada ruang dan peluang lagi ana akan ajak abg.. =)
oh yeke dekat.. bukan ke abg manan duduk selangor?? bkn ke sebelum ni kat mrsm??
Opkim adalah seronok. Ada peluang nak join lagi.
tolong bagi maklumat lanjt mengenai pekej kem - arahmana01@yahoo.com
Assalammualaikum wbth....sayabsekadar memberi cadangan dan berharap agar kem seperti ini dapat dijalankan pada mereka yg berusia...sbb ada dikalangan berumur masih x faham erti sebuah islam....jadi jika penganjur rasa ingin mengadakan program seperti ini khas utk mereka yg berusia....saya dpt membantu mengumpulkan mereka semua agar menghadiri program seperti ini....in sha Allah.
Post a Comment