THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, April 19, 2011

KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI DI NURFA FARMSTAY AYER BALOI PONTIAN JOHOR


Pada 8hb April yang lalu ana bersama para fasilitator di Johor telah menguruskan kem motivasi dan jati diri untuk para pelajar SMK Ayer Baloi, Pontian. Program dijalankan selama 2 hari 1 malam di Nurfa Farmstay Pontian, Johor. Ana bersama beberapa orang fasilitator tiba agak lewat sedikit pada petang jumaat 8hb iaitu jam 3 petang. Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 3-5. Mereka dikategorikan sebagai pelajar “hard core”. Jadi kami para fasi memerlukan kesabaran yg agak tinggi untuk handle mereka. Kami berusaha yg terbaik untuk merubah mereka selaras dengan apa yg diharapkan oleh guru-guru yg menghantar mereka ke sini untuk “ditarbiyyah”. Kami para fasilitator tidak mampu untuk merubah mereka. Kami hanya membantu, berusaha dan melakukan yg terbaik. Namun, kuasa terletak di tangan Allah.
 Slot yang pertama adalah sesi taaruf para peserta bersama peserta yang lain dan para fasilitator. Para peserta juga ditekankan tentang konsep ukhwah sesama mukmin. Sesungguhnya setiap muslim yg mukmin itu bersaudara. Kami semua bersama-sama menyanyikan lagu Akrab Persahabatan yg dipopularkan daripada kumpulan Inteam. Pada waktu itu, ukhwah kami amat terasa.






Pada petangnya pula telah diadakan riadah. Pelbagai permainan dijalankan. Antaranya ialah bermain bola sepak dalam keadaan mata ditutup, sentuh lutut, dan Bahtera Kasih.





Pada malamnya pula, setelah kami solat maghrib dan isyak berjemaah serta mendengar tazkirah yg disampaikan oleh akhi Shoem, slot “membasuh” para peserta telah diadakan. Para peserta disedarkan tentang kewajipan menjadi anak yg baik kepada ibu bapa dan taat kepada perintah Allah. Pelbagai video-video yg berupa kesedaran insaniah ditayangkan kepada para peserta. Boleh dikatakan semua pelajar perempuan menangis. Pelajar lelaki pula hanya segelintir sahaja yg menangis. Pelbagai slot telah dijalankan oleh Cikgu Ismail dan beberapa fasilitator muslimin. Ana sangat tersentuh hati apabila tiba slot di mana para pelajar diminta menulis surat untuk ibu bapa mereka. Ada yg menulis surat dalam keadaan teresak-esak. Sebak menyaksikan gelagat mereka. Lebih-lebih lagi diiringi dengan background muzik yg agak menyentuh perasaan. Ana sendiri tak dapat bendung kesedihan. Nasib baiklah waktu itu suasana digelapkan. Hanya cahaya lilin yang menghiasi. Pelajar dibenarkan tidur pada jam 1 malam dan akan bangun qiam pada esoknya jam 4.30 pagi. Para fasilitator berkumpul untuk mendengar taklimat tentang perjalanan program keesokan harinya. Kami juga “diamanahkan” untuk melaksanakan solat taubat dan solat hajat agar diberi kekuatan dan dipermudahkan perjalanan program esok hari memandangkan kami para fasilitator terlalu kepenatan.









Pada keesokan harinya, setelah bersarapan dan beriadah serta mendengar tazkirah, kami menunaikan solat dhuha berjemaah di tengah padang. Setelah itu explorace dijalankan. Untuk aktiviti ini, para fasilitator dikehendaki menguruskan 5 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai password masing-masing.
Berikut merupakan 5 checkpoint yang harus disiapkan oleh para peserta:

-Kesan tinggalkan solat
-Nikmat hati
-Nikmat mata
-Manusia vs syaitan
-Rukun Faham

Setiap checkpoint haruslah diselitkan input oleh para fasilitator. Beberapa tugasan juga diberikan kepada para peserta. Ana ditugaskan untuk menjaga checkpoint Nikmat Hati. Dalam checkpoint tersebut, ana memasukkan kicap ke dalam air jernih di dalam  cawan. Dan setiap titisan kicap dilambangkan sebagai maksiat-maksiat yg biasa  dilakukan oleh manusia di muka bumi. Tugasan yg ana berikan kepada mereka adalah masing-masing dikehendaki memberikan “ibrah” daripada aktiviti tersebut. Di checkpoint tersebut juga ana selitkan satu slot yg dinamakan “tajdid hati”. Mereka dikehendaki memejamkan mata sambil mengikuti alunan zikrullah. Kemudian ana menerangkan tentang nikmat hati dan konsep “Dua Cinta” kepada para peserta. Yang terakhir sekali mereka dikehendaki berikrar untuk melakukan perubahan diri ke arah yg lebih baik. Dalam kelima-lima kumpulan, terdapat seorang ahli daripada kumpulan United Muslimah, bernama Syahira menangis teresak-esak sewaktu ana menjalankan slot “tajdid hati” kepada kumpulan tersebut. Syahira menerangkan bahawa hatinya amat tersentuh dan berazam untuk berubah. Alhamdulillah…. Kesyukuran yg tidak terhingga ana panjatkan untuk Ilahi…


















Setelah makan tengah hari, peserta dikehendaki mengemas barang-barang dan membuka khemah serta menyiapkan diri untuk solat zohor berjemaah. Selepas solat, program dikendalikan oleh cikgu Ismail. Slot yg terakhir adalah perpisahan antara para fasilitator dan peserta. Kem Komander iaitu akhi Shoem mewakili para fasilitator memberikan ucapan dan amanat terakhir. Sebelum berpisah, kami sempat mengambil gambar dan akhir sekali, majlis  bersurai. Kami berasa puas walaupun agak penat. Kami pulang dengan harapan segala usaha kami bermanfaat kepada adik-adik. Ayuh sama-samalah kita mendoakan agar mereka mampu dan berusaha berubah ke arah yg lebih baik serta memperkukuhkan jati diri islam yg sebenarnya ada dalam diri mereka yg masih belum disingkap.

BERSAMA BANGKIT UNTUK UMMAH !

5 comments:

Unknown said...

Gempak kem ni... fesi2 dia pun gempak... semoga para peserta mendapat kebaikan daripada program ni...

Mira lain kali ajak ana skali... hihhihi...

Pontian? Ayer Baloi?.... dekat jer dgn sekolah ana dulu... Tp bukan ni... hihihih... =)

..::aLMutAdAiyiNaH::.. said...

insyaAllah smga para peserta mendapat ibrah yg bermanfaat daripada kem ni..
sebenarnya ada 2 lagi kem yg ana x sempat nak post kat blog ni..
abg nk join?? sangat dialu-alukan utk abg manan.. insyaAllah jika ada ruang dan peluang lagi ana akan ajak abg.. =)

oh yeke dekat.. bukan ke abg manan duduk selangor?? bkn ke sebelum ni kat mrsm??

Yildirim Fateh said...

Opkim adalah seronok. Ada peluang nak join lagi.

Anonymous said...

tolong bagi maklumat lanjt mengenai pekej kem - arahmana01@yahoo.com

Unknown said...

Assalammualaikum wbth....sayabsekadar memberi cadangan dan berharap agar kem seperti ini dapat dijalankan pada mereka yg berusia...sbb ada dikalangan berumur masih x faham erti sebuah islam....jadi jika penganjur rasa ingin mengadakan program seperti ini khas utk mereka yg berusia....saya dpt membantu mengumpulkan mereka semua agar menghadiri program seperti ini....in sha Allah.

Post a Comment